Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 11 November 2017

Profil dan Biodata Elizabeth Tan

Elizabeth Tan (Bahasa Cina: 伊丽莎白·è°­; lahir 18 November 1993) atau Tan Su Mei, juga dikenali sebagai Lizzy ialah seorang penyanyi, model dan pelakon Malaysia [1] berbangsa Cina. Dia berlakon dalam filem "Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium", arahan Shy8. Selain itu, dia turut menyertai bidang nyanyian dan menghasilkan single Knock Knock (2014), Setia menampilkan Faizal Tahir (2015) dan Tabah (2016).



Kehidupan awal
Elizabeth Tan dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur. Dia ialah anak bongsu daripada 3 adik-beradik. Dia bersekolah di SMK Taman Melawati Kuala Lumpur. Dia telah menamatkan pengajian di Dallas (Texas), Amerika Syarikat.

Kerjaya
Elizabeth Tan menceburi bidang nyanyian dengan memuatkan video pada laman YouTube. Hanya dengan berbekalkan sebuah ukulele, Elizabeth mampu menyampaikan lagu-lagu cover dengan begitu baik dan antara lagu cover yang sudah dihasilkannya ialah lagu Pencuri; nyanyian asal Mark Adam, Kantoi; Zee Avi, Maafkan Aku dan beberapa lagu nyanyian Yuna seperti Terukir Di Bintang, Deeper Conversation dan banyak lagi lagu lain.

Dia mula mencuri perhatian ramai menerusi lagu cover Havoc, yang juga nyanyian asal Joe Flizzow sekitar akhir tahun 2014. Selepas video tersebut dimuat naik, dia dihubungi oleh banyak syarikat rakaman bagi menjadikannya seorang artis rakaman.

Elizabeth kemudian menjadi artis dengan Faithful Music Malaysia, di bawah pengurusan Paranormal Talents, dan sudah merakamkan EP yang berjudul Maafkan Aku. Antara kelebihan lain yang terdapat pada Elizabeth ialah kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan turut menyanyikan banyak lagu Melayu membuatkan ramai peminat mudah mendekatinya.

Elizabeth juga turut tampil dengan video klip rasmi pertama iaitu lagu Royals nyanyian asal Lorde yang turut menyaksikan Elizabeth berduet bersama No Noise Percussion.

Elizabeth juga pernah tampil di stesen TV di Indonesia dalam beberapa program televisyen seperti Sarah Sechan, Ini Talkshow dan Music Everywhere. Elizabeth juga menyanyikan lagu Selamat Hari Raya dan video tersebut diputar selama bulan Ramadan.

Pada 31 Julai 2017, Elizabeth bakal muncul dalam sebuah drama bertajuk My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions Sdn Bhd. Drama bersiri arahan Aziz M. Osman itu bakal ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria menggantikan drama Mencintaimu Mr. Photographer. Beliau akan bergandingan dengan Aaron Aziz, Siti Elizad, Dazrin Kamarudin dan Erra Fazira.


Diskografi
Knock Knock (2014)
The World Can Wait (2015)
Somewhere New (Goldfish & Blink feat. Elizabeth Tan) (2015)
Setia (Elizabeth Tan feat. Faizal Tahir) (2015)
Are You Leaving Now (2016)
Tabah (2016)
Mama (Aziz Harun feat. Elizabeth Tan) (2016)
Kini Masaku (2016)
Darling (2017)

Laman Sosial
Instagram : https://www.instagram.com/elizabethtsm/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages