Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 11 November 2017

Profil dan Biodata Izara Aishah

Izara Aishah Hisham (lahir 28 September 1992) atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah ialah seorang pelakon dan model dari Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem.




Biografi

Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada Isnin, 28 September 1992 Masihi bersamaan 1 Rabitul Akhir 1413 Hijrah di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, Johor dan berdarah kacukan Melayu (ayah) & Pakistan (ibu), beliau merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik dalam keluarganya.

Pendidikan
Izara mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Seafield 3 dan SK Bukit Indah, seterusnya beliau mendapat pendidikan menengahnya di SMK Cochrane dan SMK Seri Hartamas. Beliau bekelulusan Diploma Seni Persembahan daripada Sunway University College di Bandar Sunway, Selangor.

Kerjaya
Izara merupakan finalis Dewi Remaja edisi 2009/2010 dan telah mendapat tempat kedua. Izara mula dikenali melalui drama Keranamu Laila dalam slot Zehra di TV3, & popular menerusi drama Vanilla Coklat. Beliau kini memegang watak Azlin dalam siri Oh My English! yang disiarkan di Astro TVIQ.

Filemografi

Filem
TahunTajukPerananPengarahProduksi
2013KL Zombiesebagai Ana
MJ WooGrand Brilliance
2014ChikaroNori
Sejoli: Misi Cantas CintaNita
Osman AliGrand Brilliance
2015Pilot Cafesebagai Maya
Osman AliAstro Shaw
SinaranTinaOsman AliSinaran Pictures
Gangster RockPemandu Pelancong
Soffi JikanYKS Film Maker
2016Showdown The Movie
  • Hero: Reza Hasbi
Grand Brilliance
2017J RevolusiEddie
TBAGrand Brilliance
Kau Yang SatuSalina
Osman AliNuansa
BalunNur Ain
  • Hero: Beto Kusyairi
Bob SingahElement Pictures

Telefilem
Hantu Gigi (2011)
Selumbar Kasih (2011)
Di Sini Bermula (2011)
Masih Membara Cintaku (2011)
Cikaro (2011)
Pusing Beraya (2011)
Alamak 7 Hari Lagi (2012)
Vanilla Coklat Raya (2012)
Cikgu Gengster (2015)
Cik Siti (2015)
Dika Baran (2016)
Isteriku, Cikguku (2017)
Ramadhan Terindah Nuraini (2017)

Laman Sosial
Twitter : https://twitter.com/IzaraAishah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages