Header Ads

Biodata - Profil Penuh Nadiyah Shahab Pelakon Cantik Dari Singapura

Biodata - Profil Penuh Nadiyah Shahab Pelakon Cantik Dari Singapura | Mesti korang tertanya-tanya siapa sebenarnya gadis cantik bernama Nadiyah Shahab ini? Nadiyah Shahab yang berasal dari singapura adalah seorang pelakon baru yang mula mencuri perhatian menerusi drama bertajuk Encik Suami Mat Salih Celup. Buah tangan terbaharu beliau adalah sebagai pelakon sampingan dalam drama berjudul ‘Mr. Hijab’ yang disiarkan melalui Slot Iris TV3.



Gadis dari singapura ini iaitu Nadiyah Shahab lebih dikenali sebagai Freelance Model dan juga host untuk rancangan travel ‘Lost At Sea’ yang ditayangkan di saluran Go ASEAN (Astro Channel 737). Dalam rancangan itu, beliau menjelajah dan mengembara ke beberapa bandar dan destinasi utama pelancongan antaranya Myanmar, Filipina, Kemboja, Jogyakarta, Sulawesi Indonesia & Sarawak.

Biodata Nadiyah Shahab

  • Nama Penuh: Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab
  • Nama Komersial: Nadiyah Shahab
  • Tarikh Lahir: 29 Mei 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Singapura
  • Bintang: Gemini
  • Pendidikan: Jurusan Undang-undang dari Universiti of London, Singapura
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Singapura
  • Keluarga: Anak sulung dari 2 adik-beradik
  • Kerjaya: Pelakon, Model, Pengacara
  • Drama: Encik Suami Mat Salih Celup, Mr. Hijab (2017)
  • Program TV: Lost At Sea
  • Facebook: @Nadiyah-Shahab
  • Instagram: @nadiyah.shahab
  • Twitter: @nadiyah_shahab

Fakta Menarik Tentang Nadiyah Shahab

  • Akaun Instagram Nadiyah Shahab pernah digodam dan beliau terpaksa membayar wang berjumlah RM660 untuk mendapatkan kembali akses tersebut.

  • Pernah dipaparkan dalam Majalah Esquire dalam artikel yang bertajuk ‘The Women We Love of Instagram’ kerana mempunyai pengikut Instagram yang ramai dalam masa yang singkat.
  • Ramai yang bertanyakan tentang agama Nadiyah Shahab, tentunya beliau beragama Islam.
  • Pernah digelar sebagai Song Ji-hyo Malaysia disebabkan kecantikan yang dimilikinya.
Jom lihat fotonya yang lain






Semoga artikel Biodata Profil Penuh Nadiyah Shahab Pelakon Cantik Dari Singapura ini dapat melepaskan rindu korang dekat Nadiyah, Jangan lupa share.


No comments:

Powered by Blogger.
LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA TERKINI Button Close