Berita Terkini dalam dan luar negara, Trending, Viral dan Biodata Public Figer

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 7 April 2018

Biodata Azmi Saat, Vokalis Caliph Buskers



Sedar atau tidak, terdapat ramai anak Felda yang kini bergelar selebriti popular tanah air sama ada pelakon, penyanyi, pengacara dan model. Antaranya, Siti Nordiana (Nana), Que Haidar, Mawi, Rahmat Mega, Jalil Hamid dan Jaslin Puasa.

Tidak ketinggalan, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat yang berasal dari Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor.

Biarpun cacat penglihatan (buta), Azmi dikurniakan suara yang cukup merdu, mantap dan memukau hati para pendengarnya.

Beliau dan ahli kumpulannya dikenali ramai apabila menyanyikan lagu berjudul Romancinta bersama Mojo di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 di mana meninggalkan kesan yang mendalam kepada para penonton dan penggiat seni tempatan.

Sejak itu, Caliph Buskers terus dilamar menjadi artis rakaman dan merakamkan beberapa single seperti Hanya Padamu dan Kaulah Dia.

Selain Azmi, kumpulan yang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) ini turut dianggotai Zaki (gitaris), Nirwan (gitaris), Fendi (dram) dan Nadira (marakas).

Menariknya, pemuda berusia 31 tahun ini juga bakat berentap di pentas AJL 32 dengan lagu Sejati menggantikan Faizal Tahir.

Jom kenali lebih dekat dengan figura istimewa berbintang Libra ini.

Biodata Ringkas Azmi Saat

Nama Sebenar: Khairul Azmi Mohd Saat
Nama Pentas: Azmi Caliph Buskers/Azmi Saat
Umur: 31 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 27 September 1987
Zodiak: Libra
Asal: Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor
Kerjaya: Penyanyi & Pemuzik Jalanan
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Hanya Namamu, Ayah (duet dengan Edry KRU), Buta (duet dengan Faizal Tahir, Kamulah Dia & Romancinta.

Laman Media Sosial Azmi Saat

Twitter: www.twitter.com/AzmiSaat87
Instagram: www.instagram.com/azmi_saat

Trivia Menarik Tentang Azmi Saat


  • Mendirikan rumah tangan dengan wanita bernama Nazira Muhammad pada tahun 2011. Isterinya juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan.
  • Jurujual langsung dan tukang urut merupakan pekerjaan yang pernah dilakukan Azmi sebelum menjadi pemuzik jalanan.
  • Pemuda ini aktif menyanyi sejak kanak-kanak lagi iaitu ketika berusia 10 tahun.
  • Tahun 2014 menjadi titik permulaan buat Azmi sebagai pemuzik jalanan sehingga kini.
  • Meskipun bergelar artis profesional, Azmi dan ahli kumpulan masih lagi membuat persembahan jalan di pusat membeli-belah SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Monorel KL Sentral dan CIMB Brickfields.
  • Kumpulan Caliph Buskers kini bernaung di bawah label pengurusan milik Faizal Tahir iaitu Faithful Music.
  • Terdahulu, Azmi dan ahli kumpulannya bergelar artis rakaman KRU Music.
  • Paling menarik, single pertama Caliph Busker berjudul Hanya Padamu menjadi lagu ketuhanan paling popular di pusat karaoke Red Box pada tahun 2015.
  • Kumpulannya pernah memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu (AJL) 30 menerusi lagu Hanya Padamu.
  • Sehingga kini, Azmi memiliki hampir 10,000 pengikut di Instagram miliknya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages